Sunday, December 8, 2013

Part 3

Assalamualaikum...rase macam tak sangka je boleh siap taip for part 3...hehe..Enjoy!!..Selamat membaca..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

            ‘Hmm..entah apa-apa la Danial ni.Tak boleh tengok perempuan cantik.Aku nak tengoklah nanti budak yang Danial kata cantik tu.Mesti Dania cantik lagi’.getus Syafiq. ‘Kenapalah Dania nak bertunang dengan orang lain.Apa kurangnya aku ni.Sudahlah Syafiq,dah si Dania tu tak nak kat kau,tak usahlah kau terhegeh-hegehkan dia’.getusnya lagi.

            Dia memandu dengan perlahan-lahan.Biar lambat asal selamatlah katakan.Walaupun dia telah berazam untuk melupakan Dania tetapi senyuman,kata-kata dan wajah gadis itu sering diingati tanpa disedarinya. ‘  Biarkanlah Dania menguruskan halnya sendiri dank au uruskan hal sendiri Syafiq’. “Shit!!”,Syafiq menjerit. “Apa masalahnya pemandu depan aku ni,nasiblah aku ni jenis yang memang tak mudah naik angin.Kalau tak,dah lama aku pergi sound dia ni.Sesuka hati je berhenti”.Syafiq mengorak langkah ke arah kereta Viva putih di hadapan keretanya itu.

            Dia mengetuk cermin kereta pemandu itu berkali-kali.Akhirnya pemandu itu keluar. ‘What?!!...perempuan rupanya’,getusnya.Perempuan dihadapannya itu menunduk. ‘Hmm..perempuan bertudung?.Perempuan macam ni pun tak tau undang-undang jalan raya ke?.Biasanya perempuan macam ni memang boleh dikatakan semuanya tahu la.Tapi yang seorang ni,macam tak tau undang-undang je.Huh!!memang menyusahkan’.Syafiq memandang gadis dihadapannya itu dengan wajah yang serius.

            ‘Alamak!!matilah aku kali ni.Mesti mamat ni marah.Tapi kalau kira,bukan salah aku pun.Aku Cuma terkejut aje sebab tadi ada kucing yang menyeberangi jalan.Kalau aku tak brek alamatnya,memang tamatlah riwayat haiwan itu…Walau apapun kau tetap salah,Zahira.Damn you!!.Huh’.Aisyah Ulya Zahira berperang dengan perasaannya sendiri. Zahira mula mengangkat kepalanya dan memandang muka Syafiq. ‘Wah!! Cantiknya!.Macam muka minah Arab.Comelnya mata dia.Entah-entah pelancong dari Arab kut.Tulah kau,Syafiq,senang-senang je kutuk orang.Tak tengok orangnya dulu’.getus Syafiq. “Are you okay?”.Syafiq berkata dengan suara mendatar. ‘Cehh!!Kau ni,Syafiq..Mentang-mentanglah gadis ni cantik,terus bertukar nada suara kau ya’.

            “Al...Alhamdulillah.I’m fine.”.Zahira berkata tergagap-gagap .Waktu itu jantungnya berdebar-debar seakan seorang pelari yang sedang berlari sangat laju. “Sir,I’m sorry for what had happened.Teribbly sorry.Saya terkejut sebab tadi,ada kucing melintas jalan.That’s why,saya tiba-tiba stop”.Zahira berkata sambil menunduk memandang jalan.Dia berasa bersalah atas apa yang terjadi. ‘Dia boleh cakap melayu rupanya.Maknanya,dia orang Melayu la ni?.Macam ada chance je nak masuk jarum ni.Hehe.Menyempat pulak kau ye,Syafiq’.Syafiq mengejek dirinya sendiri. “It’s okay,Miss...??”.Syafiq berkata begitu,tanda bertanya nama gadis dihadapannya itu.Sekali lagi,Zahira tergagap-gagap. “Emm..emm..Ulya!!”. ‘Aik!!. Kenapa terlepas jadi Ulya pulak ni?. Biasanya,orang panggil aku Zahira dan aku pun kenalkan diri aku dengan nama Zahira. Kenapa hari ini aku terlepas jadi Ulya pulak ni. Ah!.Pedulikan aja la.Tak penting pun.Asal dah kasitau nama sudah’.

Syafiq mengangkat keningnya apabila gadis dihadapannya itu tiba-tiba menaikkan suaranya. ‘Apa sajalah minah ni’,getus Syafiq.”Ouh.It’s okay,Miss Ulya. Saya tak kisah pun. Lagipun niat awak baik,nak selamatkan kucing itu,kan?.So,I can’t blame you for this mistake. Just,next time,hati-hati ya?.Okay,I need to go now. Bye,Miss Ulya”.Syafiq berkata lalu berlalu meninggalkan Zahira dengan selambanya.”Eh!Eh!..Encik!”.Zahira memanggil Syafiq dengan suara yang kuat. Syafiq yang terkejut segera memalingkan mukanya kearah Zahira semula. “Yes?.Anything?”.Kata Syafiq,lembut. “Thanks sebab memahami dan memaafkan saya”.Zahira berterima kasih kepada Syafiq lalu menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada jejaka yang sedang memandang ke arahnya itu.


‘Wah! Dia senyum kat gua la. Manisnya senyuman dia’. “Ouh.You’re welcome.Not a big problem”.Syafiq tersenyum. “Okay.Bye.Assalamualaikum”.Zahira mengucapkan salam. “Waalaikumussalam”.Syafiq membalas lalu berlalu. Mereka menaiki kenderaan masing-masing lalu berlalu menuju ke arah tuju masing-masing sambil menguntumkan sebuah senyuman yang mempunyai maksud tersirat disebaliknya yang hanya mereka sahaja yang tahu.