Sunday, December 8, 2013

Part 3

Assalamualaikum...rase macam tak sangka je boleh siap taip for part 3...hehe..Enjoy!!..Selamat membaca..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

            ‘Hmm..entah apa-apa la Danial ni.Tak boleh tengok perempuan cantik.Aku nak tengoklah nanti budak yang Danial kata cantik tu.Mesti Dania cantik lagi’.getus Syafiq. ‘Kenapalah Dania nak bertunang dengan orang lain.Apa kurangnya aku ni.Sudahlah Syafiq,dah si Dania tu tak nak kat kau,tak usahlah kau terhegeh-hegehkan dia’.getusnya lagi.

            Dia memandu dengan perlahan-lahan.Biar lambat asal selamatlah katakan.Walaupun dia telah berazam untuk melupakan Dania tetapi senyuman,kata-kata dan wajah gadis itu sering diingati tanpa disedarinya. ‘  Biarkanlah Dania menguruskan halnya sendiri dank au uruskan hal sendiri Syafiq’. “Shit!!”,Syafiq menjerit. “Apa masalahnya pemandu depan aku ni,nasiblah aku ni jenis yang memang tak mudah naik angin.Kalau tak,dah lama aku pergi sound dia ni.Sesuka hati je berhenti”.Syafiq mengorak langkah ke arah kereta Viva putih di hadapan keretanya itu.

            Dia mengetuk cermin kereta pemandu itu berkali-kali.Akhirnya pemandu itu keluar. ‘What?!!...perempuan rupanya’,getusnya.Perempuan dihadapannya itu menunduk. ‘Hmm..perempuan bertudung?.Perempuan macam ni pun tak tau undang-undang jalan raya ke?.Biasanya perempuan macam ni memang boleh dikatakan semuanya tahu la.Tapi yang seorang ni,macam tak tau undang-undang je.Huh!!memang menyusahkan’.Syafiq memandang gadis dihadapannya itu dengan wajah yang serius.

            ‘Alamak!!matilah aku kali ni.Mesti mamat ni marah.Tapi kalau kira,bukan salah aku pun.Aku Cuma terkejut aje sebab tadi ada kucing yang menyeberangi jalan.Kalau aku tak brek alamatnya,memang tamatlah riwayat haiwan itu…Walau apapun kau tetap salah,Zahira.Damn you!!.Huh’.Aisyah Ulya Zahira berperang dengan perasaannya sendiri. Zahira mula mengangkat kepalanya dan memandang muka Syafiq. ‘Wah!! Cantiknya!.Macam muka minah Arab.Comelnya mata dia.Entah-entah pelancong dari Arab kut.Tulah kau,Syafiq,senang-senang je kutuk orang.Tak tengok orangnya dulu’.getus Syafiq. “Are you okay?”.Syafiq berkata dengan suara mendatar. ‘Cehh!!Kau ni,Syafiq..Mentang-mentanglah gadis ni cantik,terus bertukar nada suara kau ya’.

            “Al...Alhamdulillah.I’m fine.”.Zahira berkata tergagap-gagap .Waktu itu jantungnya berdebar-debar seakan seorang pelari yang sedang berlari sangat laju. “Sir,I’m sorry for what had happened.Teribbly sorry.Saya terkejut sebab tadi,ada kucing melintas jalan.That’s why,saya tiba-tiba stop”.Zahira berkata sambil menunduk memandang jalan.Dia berasa bersalah atas apa yang terjadi. ‘Dia boleh cakap melayu rupanya.Maknanya,dia orang Melayu la ni?.Macam ada chance je nak masuk jarum ni.Hehe.Menyempat pulak kau ye,Syafiq’.Syafiq mengejek dirinya sendiri. “It’s okay,Miss...??”.Syafiq berkata begitu,tanda bertanya nama gadis dihadapannya itu.Sekali lagi,Zahira tergagap-gagap. “Emm..emm..Ulya!!”. ‘Aik!!. Kenapa terlepas jadi Ulya pulak ni?. Biasanya,orang panggil aku Zahira dan aku pun kenalkan diri aku dengan nama Zahira. Kenapa hari ini aku terlepas jadi Ulya pulak ni. Ah!.Pedulikan aja la.Tak penting pun.Asal dah kasitau nama sudah’.

Syafiq mengangkat keningnya apabila gadis dihadapannya itu tiba-tiba menaikkan suaranya. ‘Apa sajalah minah ni’,getus Syafiq.”Ouh.It’s okay,Miss Ulya. Saya tak kisah pun. Lagipun niat awak baik,nak selamatkan kucing itu,kan?.So,I can’t blame you for this mistake. Just,next time,hati-hati ya?.Okay,I need to go now. Bye,Miss Ulya”.Syafiq berkata lalu berlalu meninggalkan Zahira dengan selambanya.”Eh!Eh!..Encik!”.Zahira memanggil Syafiq dengan suara yang kuat. Syafiq yang terkejut segera memalingkan mukanya kearah Zahira semula. “Yes?.Anything?”.Kata Syafiq,lembut. “Thanks sebab memahami dan memaafkan saya”.Zahira berterima kasih kepada Syafiq lalu menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada jejaka yang sedang memandang ke arahnya itu.


‘Wah! Dia senyum kat gua la. Manisnya senyuman dia’. “Ouh.You’re welcome.Not a big problem”.Syafiq tersenyum. “Okay.Bye.Assalamualaikum”.Zahira mengucapkan salam. “Waalaikumussalam”.Syafiq membalas lalu berlalu. Mereka menaiki kenderaan masing-masing lalu berlalu menuju ke arah tuju masing-masing sambil menguntumkan sebuah senyuman yang mempunyai maksud tersirat disebaliknya yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Monday, October 28, 2013

tOnGue TwiSteR..!



Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?
If Peter Piper Picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?




She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore,
I'm sure she sells seashore shells.




#meh try tongue twister tu..konfem berbelit-belit lidah tu. =)

Tuesday, October 15, 2013

Part 2

~Assalamualaikum~

Hari ni,Admin(afifa) tetiba rajin nak update,so inilah hasil kerjanya...Tadaa!!..Hahaha..at least,dapat jugak..Admin penat..Need to rest..Ciao lu..Assalamualaikum..Enjoy ya!!


 “Tak ada apa-apalah.Mana ada aku termenung”.Syafiq membidas kata-kata Danial.”Ek elleh..jangan nak tipu la..aku tau,kau fikirkan seseorang ni.Fikirkan Dania ke?”.Syafiq terus melarikan pandangannya kea rah lain. “Mana ada…”belum sempat Syafiq menghabiskan bicaranya, pensyarah masuk ke dalam dewan kuliah. “Good Evening”.Kata pensyarah apabila memasuki dewan itu.
********************************************************
            Syafiq berjalan keluar dari dewan kuliah.Tiba-tiba bahunya dipegang seseorang.Syafiq yang sudah biasa,tidak member sebarang tindakbalas akan tindakan itu.Dia tahu,pasti Danial yang melakukannya. “Kau tak habis lagi ngan aku tadi,apa yang kau menungkan sebenarnya ni,Fiq?”.Danial bertanya soalan yang sama seperti di dalam dewan kuliah tadi. “Kan aku dah kata,tak ada apa-apa la..tak payah la sibuk hal aku..stop asking me that question”. “Come on,la Syafiq.Takkan ngan aku pun tak nak cerita kut?”. “Hishy,kau ni.Semua nak tahu.Okay,aku mengaku aku fikir pasal Dania”.Syafiq mengalah. “Apa kena dengan dia?...Ada problem ke?”
            “Kau janganlah nak sembunyikan apa-apa dari aku.Kita dah kena lima tahun,Fiq.Just tell me okay.Rasanya selama ni,kau tak de apa-apa problem pun dengan Dania tu.”Danial terus mendesak Syafiq.Syafiq mendengus kecil.”Huh!,okay,fine…aku lamar Dania semalam,but she said that she’s going to marry Fatih.Dia akan bertunang dengan Fatih dua minggu lagi.Aku kecewa sangat but aku dah fikir masak-masak,I’ll forget her,dia bukan jodoh aku,so,aku tak perlu fikirkan dia.But each time,aku cuba nak lupakan,aku akan semakin ingat pasal kes semalam tu.Really hurt me a lot”.
            Danial menunjukkan riak kasihan kepada Syafiq. “Relax,man…Ramai lagi perempuan lain..Mungkin Allah dah tentukan,ada yang lebih baik dari Dania untuk kau…Setiap yang berlaku ada hikmahnya…Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu..Tabahlah ya...,Also,cakap pasal perempuan ni,kau tau tak,ada student baru masuk.Tak silap aku,nama dia,Aisyah Ulya Zahira.Cute kan nama dia.Orang kata budak tu,cun gila..But dia anak ustaz,hehe..aku pun ada terfikir nak tackle but bila tahu dia anak ustaz..takut la jugak..hehe..nanti tak pasal-pasal aku kena ceramah..Hehehe..”.Danial mencuba untuk menggembirakan Syafiq.
            “Ada-ada aje kau ni,Danial.Okay la,aku nak balik dulu ni.Nanti,umi aku bising pulak.Siapa yang susah,aku jugak..Hehe..Okay,ciao lu..Assalamualaikum..”.Syafiq berlalu meninggalkan Danial.Dia menuju ke arah kereta kesayangannya, Audi R8 berwarna merah.Kereta itu adalah pemberian daripada ayahnya atas kejayaannya dalam peperiksaan tahun lepas

Wednesday, October 9, 2013


Jika kalian tidak boleh menjadi pensel untuk menulis kebahagiaan orang lain,jadilah seperti pemadam yang selalu cuba untuk memadam kesedihan orang yang dia sayang dan sanggup melukakan diri mereka semata-mata ingin melihat orang lain tersenyum.. =)


*saya akan bahagia disaat awak bahagia*

Share the Knowledge

Assalamualaikum,

Yesterday,Admin ade tonton satu cerita ni kat televisyen.TV Al-Hijrah...Ustazah tu ada kasitau pasal amalan masa 1-10 Zulhijah..rasenye la..so,admin nak share la kat korang..

~bertakbir (Allahuakbar),Bertahmid(Alhamdulillah),bertahlil,(Laailahailallah)
~solat malam(qiamullail),bertahajud.
~puasa sunat.
~bertaubat
~bersyukur atas nikmat Allah.

Ada banyak lagi tapi korang cari sendiri lah ya!..Admin tak ingat..cuba buat ya,amalan nie..okey,bye...Assalamualaikum

~Afifa~

El Amor De Sacrificio(Love need a sacrifice)~PArt 1

Assalamualaikum,semua.Admin ada buat short nove.Part by part la..next part,tak tau bila nak update.P,akan di update la..Admin buat ni for kawan admin,dia mintak..ntah la,dia suka or tak suka.P,ni memang karya Admin la..Harap korang suka karya yang tak seberapa ni..Enjoy!!..Shooting for the next part..insyaallah..


**********************************************************************

Syafiq melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan wajah yang muram.Dia menuju ke arah tempatnya dengan langkah yang perlahan.Setelah duduk di tempatnya,dia menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.Kejadian yang mengecewakannya itu terimbau kembali di dalam mindanya.
“Maaf,Syafiq.Dania tak dapat terima cinta Syafiq.Dania dah jatuh cinta dengan Fatih.I’m sorry.Mungkin Dania akan bertunang dengan dia dalam tempoh dua bulan lagi”.Dania memalingkan wajahnya kea rah wajah Syafiq yang sedang memandangnya dengan riak kecewa.”But why,Dania.Saya cintakan awak sangat-sangat.Sampai hati awak buat saya macam ni”.Syafiq berkata dengan suara yang sayu.
Dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Dania.Sejak pertama kali dia jumpa Dania.Cuma dia takut nak luahkan perasaan dia.Dia tidak tahu pula bahawa ada orang lain yang juga menyukai Dania dan Dania juga menyukai orang itu.Hatinya memang sakit.Dania seakan-akan memberi harapan kepadanya.Dia memang tak sangka bahawa Dania akan dimiliki orang lain.
“Syafiq,kita still boleh jadi kawan,kan?.Kita akan kawan macam dulu,kan?”.Dania berkata dalam suara memujuk.”Saya tak boleh layan awak macam dulu sebab awak akan jadi milik orang.Saya tak mahu digelah pengacau hubungan orang lain.Tak apalah,Dania.Saya tahu saya bukan seorang yang baik seperti Fatih.Ilmu agama saya pun baru setahun jagung kalau nak dibandingkan dengan Fatih yang ilmu agamanya memang tinggi.Selamat tinggal,Dania.Saya harap awak happy dengan Fatih.Saya sentiasa doakan awak”.Syafiq menarik nafas.
“Thanks,sebab selama ni, awak layan saya dengan baik.Awak selalu dengar luahan hati saya,masalah saya….Saya hargai Dania.But terus-terusan rapat macam dulu dengan awak,saya tak boleh.Assalamualaikum”.


“Syafiq !!”.laung Danial.Syafiq yang tadinya mengelamun tersentak. “Astaghfirullah”/ucap Syafiq perlahan.’Kenapa aku masih fikirkan dia.Syafiq,bear in your mind,dia dah jadi milik orang lain,stop thinking about her!.Ya Allah,tolonglah aku.Tolonglah aku untuk melenyapkan dia dari ingatanku’.getus Syafiq.”Kau termenungkan apa?”.tanya Danial dengan dahi yang berkerut.

Monday, October 7, 2013

CERPEN:DALAM SUJUDKU

Maria menyelak langsir di kamar tidurnya.dia ternampak butiran-butiran kecil sesuatu yang berwarna putih turun mencecah bumi.salji ! Ya,itu salji ! Tiba-tiba,jam dinding dalam kamarnya berdering menandakan pukul 3 pagi telah bermula.maria mengeluh.sejak beberapa hari kebelakangan ini,dia sering berasa tidak sedap hati.dia mencapai segugus kunci yang tersangkut elok di dinding dan terus menuju ke arah sliding door.sliding door dibuka.sebaik sahaja melangkah keluar ke balkoni,tubuhnya disapa angin pagi.maria menggigil kesejukan.ditambah lagi dengan cuaca yang sedang musim salji,mahu beku tubuh sekiranya dia terus berlama-lama di luar.sebelum masuk,maria sempat menggenggam sekepal salji.sungguhpun tangannya hampir kebas,dia tidak kisah kerana dia berasa seolah-olah hatinya lapang dengan berbuat sedemikian.

Oleh kerana matanya masih belum mahu tertutup,dia menuju ke arah meja dan mengambil laptop jenama apple miliknya lalu bergerak ke arah sliding door semula.dia menarik kerusi lalu duduk di situ sambil menikmati permandangan yang berlatarkan salji yang memutih menutupi atap-atap rumah serta jalan.dia menekan butang on pada komputer ribanya.setelah gadjet itu terbuka,dia terus membuka microsoft office,laju sahaja tangannya menaip sesuatu.begitulah rutinnya.apabila hatinya bergelodak atau matanya tidak mengantuk,dia akan menulis isi hatinya di dalam gadjet kesayangannya yang dihadiahkan oleh mommy dan daddynya.maria atau nama penuhnya,jessica maria merupakan anak tunggal selepas kematian kakaknya akibat meminum arak yang berlebihan.mujurlah dia jenis yang tidak menggemari minuman tersebut.

Maria lebih senang berkawan dengan orang melayu yang beragama islam berbanding rakan-rakannya yang beragama kristian.baginya,islam sangat mementingkan martabat seorang wanita manakala agama yang dianutinya sekarang ini memandang rendah pada kaum wanita.sedang leka dia menaip,dia teringatkan sepasang jubah milik rakannya,nur syafa imani.dia segera berjalan ke arah almari dan mengambil jubah tersebut.dia meneliti pakaian itu.ianya sangat cantik pada mata maria.manik-manik merah yang dijahit pada kain yang bertanah hitam itu menambahkan lagi keanggunan si pemakai.dia masih ingat jubah itu dibagi oleh imani sewaktu dia berkunjung kerumah kawannya di malaysia..sewaktu dia ke sana,orang tua imani ada membuat sedikit kenduri.maria yang hanya memakai dress separa lutut ditatap pelik oleh saudara mara imani.lantas,maria menarik lembut tangan imani ke bahagian tepi rumah dan menanyakan sekiranya imani mempunyai baju yang lebih sopan atau tidak.”Imani,awak ada baju lebih tak?kalau ada,saya mahu pinjam.boleh?”Tanya maria yang fasih berbahasa melayu.”Mestilah ada.”Jawab imani lembut.mujurlah badan mereka sama saiz.maria tersenyum manis ke arah imani.”Maria,jom naik ke bilik saya.”Panggil imani.maria segera mengikut belakang imani seperti anak itik mengikut ibunya.setibanya mereka di bilik,imani terus menuju ke arah almari tetapi maria tergamam melihat segenap bilik imani yang penuh dengan ayat al-quran di dinding.’maria..maria..maria!”Panggil imani kuat.maria yang sedang khusyuk meneliti ayat-ayat suci tersebut tersentak.”Ada apa?”Tanya maria.”Nah..saya hadiahkan jubah ni untuk awak.simpan baik-baik tau.”Ucap imani.selepas maria menggantikan dress nya kepada jubah,dia dan imani keluar dari bilik untuk menyertai kenduri tersebut.sewaktu keluar dari bilik,semua mata sekali lagi terpaku ke arah maria.maria tunduk memandang lantai.sesungguhnya dia malu untuk berhadapan dengan saudara mara imani.dia sedar bahawa dia tidak layak bergaul dengan mereka semua.tiba-tiba,umi imani meluru ke arah maria lalu memeluknya.maria kebingungan tetapi dia tetap membalas pelukan tersebut.puan latifa membisikkan sesuatu ke telinga maria.”Maria,kamu nampak cantik sangat malam ni.”Ulang puan latifa beberapa kali.maria terkedu.”Terima kasih umi.”Balas maria.sememangnya maria memanggil puan latifa ‘umi’ kerana wanita itu sudah menganggapnya seperti anak sendiri.


Sampai sekarang,jubah itu masih dijaga rapi oleh maria.dia begitu sayangkan jubah itu.terkadang,hatinya terdetik untuk memeluk agama islam tetapi dia masih ragu-ragu dengan keputusannya.ingin sekali dia menyuarakan hasratnya untuk memeluk agama yang serba indah itu akan tetapi dia tahu bahawa orang tuanya akan menentang keras.


Selepas dua bulan…

“assalamualaikum..assalamualaikum..”Panggil seorang wanita yang berjubah berwarna biru laut seraya mengetuk pintu rumah itu.”Waalaikumussalam..anak ni cari siapa ya?”Tanya puan latifa lembut.tiba-tiba,wanita itu dipeluk oleh wanita muda itu.puan latifa tersentak.”Umi..ni maria..”Tutur perempuan itu.”Ya allah!betul ke ni maria?”Tanya puan latifa ragu-ragu.”Betul,umi.”Jawabnya pula.”Boleh umi panggilkan imani?dah lama saya tak jumpa dia.”Sambungnya pula.tanpa berlengah,puan latifa pergi meluru ke arah bilik imani dan mengajak anaknya keluar.”Umi,kenapa ajak imani keluar ni?”Tanyanya kebingungan.uminya hanya diam seraya tersenyum penuh makna.imani hanya membuntuti uminya tanpa banyak soal.

“eh,umi.siapa perempuan ni?setahu imani,kawan imani tiada yang bermuka kacukan kecuali maria.”Tanya imani.dia memandang perempuan yang tersenyum itu sambil mengingati muka rakan-rakannya satu persatu.memang sah!dia tidak mempunyai rakan yang iras perempuan didepannya.”Imani,ni lah maria.”Terang puan latifa.”Err..tak apalah.korang sembang-sembang dulu.umi ke dapur sekejap.nak buatkan air.”Kata puan latifa sebelum menghilang ke dapur.apabila umi beredar ke dapur,maria mula bercerita tentang perubahannya.dia memberitahu imani yang dia telah memeluk agama islam semenjak 1 bulan lepas.oleh kerana menukar agama,dia turut dihalau oleh kedua ibu bapanya.maria bercerita sambil tersedu-sedu menahan tangis.imani memeluk kejap tubuh maria.”Nama islam awak apa?”Soal imani.”Nama saya mariatul jannah tapi awak masih boleh panggil saya maria.”Balas maria lancar.imani hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.’alhamdulillah,bertambah seorang lagi umat islam,kawan aku pulak tu,syukur padamu ya allah’.getus hari imani.

Pada malam itu,imani melihat maria berbeza sekali.dia seperti cuba untuk merahsiakan sesuatu perkara namun imani malas untuk bertanya kerana bimbang maria tidak selesa.jam menunjukkan ke angka 11.30 malam.”Maria,awak taknak tidur lagi ke?saya dah mengantuk ni.”Soal imani sebelum menguap.”Awak tidur dulu ya.kejap lagi saya tidur.okay?”Balas maria lembut.tanpa berlengah,imani menuju ke katil lalu merebahkan badannya.tidak sampai lima minit,kedengaran dengkur halus di telinga maria.maria yang masih setia di meja belajar milik imani mula mencoret sesuatu diatas kertas a4.


Imani,

Maafkan saya sekiranya saya pernah melukakan hati awak.sesungguhnya saya tidak berniat untuk berbuat begitu.terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan yang sebenar.sudah lama saya berminat untuk mendalami islam tetapi pada bulan yang lepas barulah saya sedia untuk menukar agama saya.mungkin saya sudah tiada lagi di dunia ini sewaktu awak membacakan surat ini.untuk pengetahuan awak,saya menghidapi uatu penyakit yang tidak dapat diubati lagi kerana ia sudah merebak ke seluruh badan saya.saya rasa,setakat ini sahajalah coretan saya.assalamualaikum.

*walaupun seribu yang menentang awak,percayalah bahawa awak akan selalu ada di dalam hati saya..


Salam sayang,
Mariatul jannah


Pada jam 6.30 pagi,imani terkejut kerana jam locengnya berdering-dering.imani berpusing ke sebelah.maria tiada di sisinya.ketika turun dari katil untuk solat subuh,imani terpandangkan sekujur badan yang tebaring diatas sejadah.munkin maria baru selesai solat.tebak imani.selepas menunaikan kewajipannya,imani menggosok-gosok belakang maria dengan harapan rakannya akan bangun dari tidur.namun,setelah beberapa kali dikejutkan,maria masih belum bergerak.imani berdebar.dengan pantas,dia menjerit memanggil umi dan abahnya.kedua orang tuanya bergegas ke kamar beradu imani.selepas encik hashim memeriksa nadi maria,dia mengesahkan bahawa perempuan itu telah pergi menghadap ilahi.imani terduduk di birai katil.menangis dan terus menangis.

Hampir jam 11 pagi,arwah maria siap dikebumikan.sewaktu pulang,imani segera menyusun pakaian dan barang-barang lain milik maria di dalam almari.sewaktu menyusun,dia terpandangkan sepucuk surat yang terselit elok di atas meja solek.selepas membaca surat itu,sekali lagi air mata imani tumpah.ya allah,kau tempatkanlah rakanku di tempat orang yang beriman.doa imani perlahan.