Wednesday, October 9, 2013

El Amor De Sacrificio(Love need a sacrifice)~PArt 1

Assalamualaikum,semua.Admin ada buat short nove.Part by part la..next part,tak tau bila nak update.P,akan di update la..Admin buat ni for kawan admin,dia mintak..ntah la,dia suka or tak suka.P,ni memang karya Admin la..Harap korang suka karya yang tak seberapa ni..Enjoy!!..Shooting for the next part..insyaallah..


**********************************************************************

Syafiq melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan wajah yang muram.Dia menuju ke arah tempatnya dengan langkah yang perlahan.Setelah duduk di tempatnya,dia menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.Kejadian yang mengecewakannya itu terimbau kembali di dalam mindanya.
“Maaf,Syafiq.Dania tak dapat terima cinta Syafiq.Dania dah jatuh cinta dengan Fatih.I’m sorry.Mungkin Dania akan bertunang dengan dia dalam tempoh dua bulan lagi”.Dania memalingkan wajahnya kea rah wajah Syafiq yang sedang memandangnya dengan riak kecewa.”But why,Dania.Saya cintakan awak sangat-sangat.Sampai hati awak buat saya macam ni”.Syafiq berkata dengan suara yang sayu.
Dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Dania.Sejak pertama kali dia jumpa Dania.Cuma dia takut nak luahkan perasaan dia.Dia tidak tahu pula bahawa ada orang lain yang juga menyukai Dania dan Dania juga menyukai orang itu.Hatinya memang sakit.Dania seakan-akan memberi harapan kepadanya.Dia memang tak sangka bahawa Dania akan dimiliki orang lain.
“Syafiq,kita still boleh jadi kawan,kan?.Kita akan kawan macam dulu,kan?”.Dania berkata dalam suara memujuk.”Saya tak boleh layan awak macam dulu sebab awak akan jadi milik orang.Saya tak mahu digelah pengacau hubungan orang lain.Tak apalah,Dania.Saya tahu saya bukan seorang yang baik seperti Fatih.Ilmu agama saya pun baru setahun jagung kalau nak dibandingkan dengan Fatih yang ilmu agamanya memang tinggi.Selamat tinggal,Dania.Saya harap awak happy dengan Fatih.Saya sentiasa doakan awak”.Syafiq menarik nafas.
“Thanks,sebab selama ni, awak layan saya dengan baik.Awak selalu dengar luahan hati saya,masalah saya….Saya hargai Dania.But terus-terusan rapat macam dulu dengan awak,saya tak boleh.Assalamualaikum”.


“Syafiq !!”.laung Danial.Syafiq yang tadinya mengelamun tersentak. “Astaghfirullah”/ucap Syafiq perlahan.’Kenapa aku masih fikirkan dia.Syafiq,bear in your mind,dia dah jadi milik orang lain,stop thinking about her!.Ya Allah,tolonglah aku.Tolonglah aku untuk melenyapkan dia dari ingatanku’.getus Syafiq.”Kau termenungkan apa?”.tanya Danial dengan dahi yang berkerut.

No comments:

Post a Comment