Monday, October 7, 2013

CERPEN:DALAM SUJUDKU

Maria menyelak langsir di kamar tidurnya.dia ternampak butiran-butiran kecil sesuatu yang berwarna putih turun mencecah bumi.salji ! Ya,itu salji ! Tiba-tiba,jam dinding dalam kamarnya berdering menandakan pukul 3 pagi telah bermula.maria mengeluh.sejak beberapa hari kebelakangan ini,dia sering berasa tidak sedap hati.dia mencapai segugus kunci yang tersangkut elok di dinding dan terus menuju ke arah sliding door.sliding door dibuka.sebaik sahaja melangkah keluar ke balkoni,tubuhnya disapa angin pagi.maria menggigil kesejukan.ditambah lagi dengan cuaca yang sedang musim salji,mahu beku tubuh sekiranya dia terus berlama-lama di luar.sebelum masuk,maria sempat menggenggam sekepal salji.sungguhpun tangannya hampir kebas,dia tidak kisah kerana dia berasa seolah-olah hatinya lapang dengan berbuat sedemikian.

Oleh kerana matanya masih belum mahu tertutup,dia menuju ke arah meja dan mengambil laptop jenama apple miliknya lalu bergerak ke arah sliding door semula.dia menarik kerusi lalu duduk di situ sambil menikmati permandangan yang berlatarkan salji yang memutih menutupi atap-atap rumah serta jalan.dia menekan butang on pada komputer ribanya.setelah gadjet itu terbuka,dia terus membuka microsoft office,laju sahaja tangannya menaip sesuatu.begitulah rutinnya.apabila hatinya bergelodak atau matanya tidak mengantuk,dia akan menulis isi hatinya di dalam gadjet kesayangannya yang dihadiahkan oleh mommy dan daddynya.maria atau nama penuhnya,jessica maria merupakan anak tunggal selepas kematian kakaknya akibat meminum arak yang berlebihan.mujurlah dia jenis yang tidak menggemari minuman tersebut.

Maria lebih senang berkawan dengan orang melayu yang beragama islam berbanding rakan-rakannya yang beragama kristian.baginya,islam sangat mementingkan martabat seorang wanita manakala agama yang dianutinya sekarang ini memandang rendah pada kaum wanita.sedang leka dia menaip,dia teringatkan sepasang jubah milik rakannya,nur syafa imani.dia segera berjalan ke arah almari dan mengambil jubah tersebut.dia meneliti pakaian itu.ianya sangat cantik pada mata maria.manik-manik merah yang dijahit pada kain yang bertanah hitam itu menambahkan lagi keanggunan si pemakai.dia masih ingat jubah itu dibagi oleh imani sewaktu dia berkunjung kerumah kawannya di malaysia..sewaktu dia ke sana,orang tua imani ada membuat sedikit kenduri.maria yang hanya memakai dress separa lutut ditatap pelik oleh saudara mara imani.lantas,maria menarik lembut tangan imani ke bahagian tepi rumah dan menanyakan sekiranya imani mempunyai baju yang lebih sopan atau tidak.”Imani,awak ada baju lebih tak?kalau ada,saya mahu pinjam.boleh?”Tanya maria yang fasih berbahasa melayu.”Mestilah ada.”Jawab imani lembut.mujurlah badan mereka sama saiz.maria tersenyum manis ke arah imani.”Maria,jom naik ke bilik saya.”Panggil imani.maria segera mengikut belakang imani seperti anak itik mengikut ibunya.setibanya mereka di bilik,imani terus menuju ke arah almari tetapi maria tergamam melihat segenap bilik imani yang penuh dengan ayat al-quran di dinding.’maria..maria..maria!”Panggil imani kuat.maria yang sedang khusyuk meneliti ayat-ayat suci tersebut tersentak.”Ada apa?”Tanya maria.”Nah..saya hadiahkan jubah ni untuk awak.simpan baik-baik tau.”Ucap imani.selepas maria menggantikan dress nya kepada jubah,dia dan imani keluar dari bilik untuk menyertai kenduri tersebut.sewaktu keluar dari bilik,semua mata sekali lagi terpaku ke arah maria.maria tunduk memandang lantai.sesungguhnya dia malu untuk berhadapan dengan saudara mara imani.dia sedar bahawa dia tidak layak bergaul dengan mereka semua.tiba-tiba,umi imani meluru ke arah maria lalu memeluknya.maria kebingungan tetapi dia tetap membalas pelukan tersebut.puan latifa membisikkan sesuatu ke telinga maria.”Maria,kamu nampak cantik sangat malam ni.”Ulang puan latifa beberapa kali.maria terkedu.”Terima kasih umi.”Balas maria.sememangnya maria memanggil puan latifa ‘umi’ kerana wanita itu sudah menganggapnya seperti anak sendiri.


Sampai sekarang,jubah itu masih dijaga rapi oleh maria.dia begitu sayangkan jubah itu.terkadang,hatinya terdetik untuk memeluk agama islam tetapi dia masih ragu-ragu dengan keputusannya.ingin sekali dia menyuarakan hasratnya untuk memeluk agama yang serba indah itu akan tetapi dia tahu bahawa orang tuanya akan menentang keras.


Selepas dua bulan…

“assalamualaikum..assalamualaikum..”Panggil seorang wanita yang berjubah berwarna biru laut seraya mengetuk pintu rumah itu.”Waalaikumussalam..anak ni cari siapa ya?”Tanya puan latifa lembut.tiba-tiba,wanita itu dipeluk oleh wanita muda itu.puan latifa tersentak.”Umi..ni maria..”Tutur perempuan itu.”Ya allah!betul ke ni maria?”Tanya puan latifa ragu-ragu.”Betul,umi.”Jawabnya pula.”Boleh umi panggilkan imani?dah lama saya tak jumpa dia.”Sambungnya pula.tanpa berlengah,puan latifa pergi meluru ke arah bilik imani dan mengajak anaknya keluar.”Umi,kenapa ajak imani keluar ni?”Tanyanya kebingungan.uminya hanya diam seraya tersenyum penuh makna.imani hanya membuntuti uminya tanpa banyak soal.

“eh,umi.siapa perempuan ni?setahu imani,kawan imani tiada yang bermuka kacukan kecuali maria.”Tanya imani.dia memandang perempuan yang tersenyum itu sambil mengingati muka rakan-rakannya satu persatu.memang sah!dia tidak mempunyai rakan yang iras perempuan didepannya.”Imani,ni lah maria.”Terang puan latifa.”Err..tak apalah.korang sembang-sembang dulu.umi ke dapur sekejap.nak buatkan air.”Kata puan latifa sebelum menghilang ke dapur.apabila umi beredar ke dapur,maria mula bercerita tentang perubahannya.dia memberitahu imani yang dia telah memeluk agama islam semenjak 1 bulan lepas.oleh kerana menukar agama,dia turut dihalau oleh kedua ibu bapanya.maria bercerita sambil tersedu-sedu menahan tangis.imani memeluk kejap tubuh maria.”Nama islam awak apa?”Soal imani.”Nama saya mariatul jannah tapi awak masih boleh panggil saya maria.”Balas maria lancar.imani hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.’alhamdulillah,bertambah seorang lagi umat islam,kawan aku pulak tu,syukur padamu ya allah’.getus hari imani.

Pada malam itu,imani melihat maria berbeza sekali.dia seperti cuba untuk merahsiakan sesuatu perkara namun imani malas untuk bertanya kerana bimbang maria tidak selesa.jam menunjukkan ke angka 11.30 malam.”Maria,awak taknak tidur lagi ke?saya dah mengantuk ni.”Soal imani sebelum menguap.”Awak tidur dulu ya.kejap lagi saya tidur.okay?”Balas maria lembut.tanpa berlengah,imani menuju ke katil lalu merebahkan badannya.tidak sampai lima minit,kedengaran dengkur halus di telinga maria.maria yang masih setia di meja belajar milik imani mula mencoret sesuatu diatas kertas a4.


Imani,

Maafkan saya sekiranya saya pernah melukakan hati awak.sesungguhnya saya tidak berniat untuk berbuat begitu.terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan yang sebenar.sudah lama saya berminat untuk mendalami islam tetapi pada bulan yang lepas barulah saya sedia untuk menukar agama saya.mungkin saya sudah tiada lagi di dunia ini sewaktu awak membacakan surat ini.untuk pengetahuan awak,saya menghidapi uatu penyakit yang tidak dapat diubati lagi kerana ia sudah merebak ke seluruh badan saya.saya rasa,setakat ini sahajalah coretan saya.assalamualaikum.

*walaupun seribu yang menentang awak,percayalah bahawa awak akan selalu ada di dalam hati saya..


Salam sayang,
Mariatul jannah


Pada jam 6.30 pagi,imani terkejut kerana jam locengnya berdering-dering.imani berpusing ke sebelah.maria tiada di sisinya.ketika turun dari katil untuk solat subuh,imani terpandangkan sekujur badan yang tebaring diatas sejadah.munkin maria baru selesai solat.tebak imani.selepas menunaikan kewajipannya,imani menggosok-gosok belakang maria dengan harapan rakannya akan bangun dari tidur.namun,setelah beberapa kali dikejutkan,maria masih belum bergerak.imani berdebar.dengan pantas,dia menjerit memanggil umi dan abahnya.kedua orang tuanya bergegas ke kamar beradu imani.selepas encik hashim memeriksa nadi maria,dia mengesahkan bahawa perempuan itu telah pergi menghadap ilahi.imani terduduk di birai katil.menangis dan terus menangis.

Hampir jam 11 pagi,arwah maria siap dikebumikan.sewaktu pulang,imani segera menyusun pakaian dan barang-barang lain milik maria di dalam almari.sewaktu menyusun,dia terpandangkan sepucuk surat yang terselit elok di atas meja solek.selepas membaca surat itu,sekali lagi air mata imani tumpah.ya allah,kau tempatkanlah rakanku di tempat orang yang beriman.doa imani perlahan.

No comments:

Post a Comment